November 14, 2010

Kegusaran Pemikiran Berjambul

Gua mengarang ni dalam keadaan lapo sebab belum makan nasik, haus, mak n ayah gua pegi mancing, kucing-kucing gua berlari bekejaran. Ok berbalik pada tajuk diatas, org kabor issue ni sensitif sampai melibatkn perkauman, lebih dasyat dari issue perkauman kat amareka dulu pda tahun 1874 waktu tu jenama boxer renoma baru je keluar, tapi waktu tu brand renoma sama taraf dengan jenama boxer cap tali getah yang wujud pada tahun 1990 kat malaysia ni. Issue botak chin membunuh secara rawak ni da lama, korang je yg tak tau, gua bukan ape mule-mule gua memang tak sangka, tapi gua sendiri da alami bak kate org "doh penoh menyelami kisoh2 gini". terdengar jugok la kat telinge gua rintihan rakyat jelata yang hampir dibunuh, mengikut kajian gua yg berpandukan surat kabar "bukan sinar harian" seorg pegawai kerajaan memang da teruk di cincang oleh botak chin, mayatnya pun da selamat di semadikan kat tanah perkuburan batu lapan sana (dekat dengan umah gua tu).


Saksi-saksi mengatakan botak chin memang tak segan silu kalau nk membunuh, tak kira depan org ramai,tepi longkang, kat kompleks, 'laman web exclusive', semua tempat sama bagi dia. Asalkan dapat membunuh sudah. Gua lihat hasil-hasil bukti yang dikemukakan memang dop saloh lagi, memang botak chin la orangnya. Dikatakan juga botak ini juga seorang yang berhati tisu. Apakah yang mereka maksudkan dengan ungkapan ini.? Moh kite huraikan. 


Pada suatu malam pada tanggal antara 1-31, pada bulan 1-12, tahun 2010. Sedang kami bersidang, lebih kurang 7 ahli bersidang waktu itu. Dalam persidangan gua rasa tak selesa, ape lagi gua undur kusi ke belakang terus menuju ke tempat yg bertanda "toilet disini". Bile gua keluar, gua nampak botak chin duduk sendiri, agoknye dia tengah plan nak bunuh orang pulok malam tu. Satu pertanyaan keluar dari mulut gua kepada ahli sidang "bakpe duk sorang pulok tu" salah seorang ahli menjawab "die nk jadi ketua, tapi orang dop sokong die, sebab tu die merajuk" <-- memang ati tisu, kuat merajuk rupenye. Tindakan salah seorang dari ahli memberikan surat layang kepada botak chin via tukang amik order yang berbunyi "bakpe mu..??" tapi dia tak reply lansung mesej tersebut. Tak lama kemudian botak chin menghantar mesej melalui telepon bimbit "kim salam semua" <-- adakah ini berbaur ancaman.? kami ahli sidang akan berhati-hati dan telahpun mereka alat nuklear berunsur bom yg mengadungi racun CO2 untuk menghadapi serangan. 


Nasihat gua : persiapkanlah diri kamu utk menghadapi serangan hendap. gua siap doh..!haa.!




inspirasi dari : kegusaran-pemikiran-berjambul (original)

November 13, 2010

pukul 9 punya hal

Pukul 9, gua hidupkan enjin kereta, nak bergerak ke rumah alip sebab gua ada janji dengan die, nk bersidang kat Kusi Meroh. Gua mula pasang gear 'gostan' tibe-tibe handphone jenama nokia gua berdering. muncul nama manja dlm contact list phone, macam tau-tau je gua nk keluar. Gua nk angkat pun takut-takut, bukan apa, sebab gua terlupa nak kasi tau awal-awal. Dalam time berborak, gua ade gak la kne sound "kuat la dengar radio" naik kereta pasang lagu kuat-kuat ni da mmg kebiasaan dalam hidup gua, sampai orang kasi 'hon' sebelah pun tak kan dengar. 

Gua minta alip 'stangby', nt bile da sampai rumah gua nk pickup die then trus je pegi the next destination. "okay..ko datang la, ak da siap" kata alip dlm phone. Setiba je gua kat area umah dia, gua tengok ada orang berdiri depan rumah dia sambil cekak pinggang, keadaan yang kurang berlampu kat situ memang buat pandangan gua jadi terhad. Kecik-kecik anak mata gua nengok, sampai je kat situ gua tengok "betul ke dop alip neh..?saloh org agoknye..ak nk ajk lepak kusi meroh" gua terkejut tengok alip berbaju melayu ala-ala nk pergi masjid, gua bertanya "alip, bakpe plop ko pakai bju melayu nih?" dengan sinis jawapan diberi "skali-skali kne berubah gop boh.." "owoh..!!"gua terdiam, sebab gua tengah pakai short pant. Gua trus pasang gear 1 dan terus pandu jentera oren gua pegi Kusi Meroh.

November 08, 2010

Perjalanan menuju kepenatan

Terdengar suara di pagi hari "rhoni..rhoni..rhoni, da pukul 5..cpt bgn" rupa-rupanya suara mak ak memanggil..lemah betul smangat, pagi sungguh rasenya utk ak bangkit dr tilam yang tak brapa empuk dan bantal yang gebu. Rasa macam bru tido 2jam. Tiba-tiba teringat solat subuh..haha!! terus berlari menuju bilik air. haisssshh...terpaksa la ak mandi pagi-pagi ni "gggrrrg..sejuk gilleeerr air pagi-pagi gini" bisik ak dengan penuh keluhan. "ni seme pasal nk buat offshore training..!!!" Sudah terbayang-bayang di dalam benak ak yang ak akn menempuh hari yg panjang harini. 
Memulakan perjalanan ditemani lagu dr indie band 'suke nombor 23' ntah ape kebende name diaorg kasi tapi layan lagu ni. Ak mg tak biasa dengar XFM, mesti nuar yg tuned channel ni semalam. 


Setiba di kemaman "woiii!!!..ak tak jumpa la hotel ko tu, ko dtg shell sni cepat!!" herdik kawan ak pada henset berjenama NOKIA N70 die. Mungkin die ni marah sangat kot sebab kene buat offshore training arini, padahal die baru je balik dr kapal pagi semalam, penat 1bulan belum lgi habis, bertambah pulak dengan training. Ape boleh buat, da ko sendiri nk keje kapal. Buat aje laa.


"Dik daftar pukul 8.30 awk pegi la minum dlu"...melihat jam di tangan "natangnye!! baru kul 7.30..buruk doh kite ni der" "kene doh kite ni..kene doh kite ni.." kata muda sambil menggelengkan kepala. Ak lihat kamarul, menggosok perutnya yg sedikit 'katang'..itu da memberi signal nk makan la tu..haram punye budak.!!baru sampai da nk makan.. "moh la kite pegi makan, pastu boleh sambung 'landing' skejap kat kerusi panjang tu" nasihat ak dengan penuh perasaan hampa....


.......................................................... 

November 07, 2010

7 November..!! --





Event: 
2010 - telah siapnya blog ini untuk d publishkan. terima kasih kepada en nuareth dan terima kasih yg teristimewa utk cik miera kerana byk membantu utk menyiapkn resurreXtion.


World History:
1492 - Meteor "Ensisheim" meteor paling tua, dikatakan telah menghentam bumi kira2 pada waktu tengahari di kawasan ladang gandum (Ensissheim, Asace, France) -- P/S: bkn meteor coklat yg jatuh d ladang gandum n "jadilah koko crunch"
1619 - Elizabeth of Scotland dan England ditabalkan sebagai Queen of Bohemia
2002 - Iraq ban semua barangan dan iklan2 Amerika


Birth:
1967 - David Guetta, French DJ
1978 - Rio Ferdinand, English footballer
1986 - Rhoni Dasril, Budok skolah paya besor


...............................................................