Disember 09, 2010

Global Sapphire Tender Barges

Star Cruise sebuah syarikat kapal persiaran yang kini gah menegelilingi dunia, sudah tentu syarikat ini punya kapal. Kapal-kapal mereka mempunyai banyak nama, kebanyakannya di ambil dari nama-nama bintang (zodiak). Kapal kepunyaan syarikat orang barat ini boleh memuatkan lebih kurang 3000 penduduk di atas dunia, jika penduduk dunia tu dah tempah tiket yang anggaran harganya mencecah RM1000 untuk naik kapal, tapi ianya bergantung pada destinasi yang hendak dituju.

Pasti kamu tertanya-tanya apa kaitan tajuk "Global Sapphire" dengan star cruise.? adakah "Global Sapphire" itu nama sebuah bintang ataupun Zodiak.? kalau ya, dari mana datangnya zodiak bernama seperti nama pada pelekat makanan dalam tin yang sudah hampir tarikh luputnya. Sudah sahih orang kabor, Global Sapphire adalah bukan nama sebuah bintang, zodiak ataupun makanan dalam tin, ianya adalah nama sebuah kapal penggali minyak yakni tempat gua bekerja sekarang. Keadaan kapal ini tidaklah boleh dikategorikan sebagai kapal 5 bintang seperti star cruise, jika ianya dicat sepenuhnya menggunakan cat berjenama nippon gua rasa standardnya sudah cukup setanding dengan bot-bot fiber dengan kegunaan untuk menangkap ikan dilaut yang kini terapung ditanjung lumpur bezanya cuma  pada saiz "apela ade pada saiz, kalau kapal dah memang buruk" dan Kapal ini juga bukan digunakan untuk menangkap ikan haruan atau ikan 'skila'.  Kini gua berada dalam Global Sapphire, lokasi terkini adalah Wilayah Persekutuan Labuan jika dilihat melalui "google map" ianya seperti plastik sampah bewarna hitam yang dibuang oleh peduduk dunia tanpa sebarang rasa bersalah. "tak rase bersalah ke buang sampah dari kenderaan" itulah moto MPK Kuantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan