Disember 13, 2010

Keluhan Hampa

kerja gua takde la rumit sangat kalau nak di bandingkan dengan kerja Perdana
Menteri Britain, tapi tugas gua sebagai ambasador untuk gua punya company
memang memeningkan kepala gua yang dah sedia pening dengan keadaan laut
yang bergelombang di tengah laut.

macam biasa gua bangun pagi, gosok gigi, mandi laju-laju, solat dan tanpa rambut disikat
gua terus keluar bilik menuju ke ruangan meeting. gua tengok dah ramai
kelibat-kelibat mat saleh original setiba gua di pintu masuk, gua dah perasan
semua mata pandang gua, memang sah gua lambat!. dalam meeting dengan yakin gua
ade mention gua nk buat decoration untuk christmas time malam, gua tak tau ada
cukup ke tidak barang nak buat deco, yang penting gua ada bercakap tentang
tugas gua. dalam keadaan yang mamai cam tu, memang gua hentam apa yang gua rasa
ok, jadi tak jadi tu belakang kira yang penting bos tau gua ada buat kerja.


gua bukak kotak gua tengok ada lampu bulat, belon, topi, lampu kelip-kelip "boleh
buat party liar ni eran" kata gua pada budak nama eran. "boleh boss,
nanti boss order la 'orang' dari labuan amacam?" sambil menepuk bahu gua.
'eh, budak ni da lebih gua main-main dia pulak perli' kata gua dalam hati.
dengan beraksi buat bodoh gua tiup belon besor-besor.


kami berempat tiup belon, banyak dah belon kami tiup dan boleh tahan banyak jugak la
yang meletop habis bersembor air liur atas lantai. kami takda pump belon, belum
beli lagi.
tengah syok gua layan pasang belon tiba-tiba “boss, christmas tree mana?” suara
musa gua dengar. gua dah agak dah memang ada yang tak kena, sebab gua da rasa
lain macam masa gua cakap dalam meeting pagi tadi, nyesal gua buat projek ni. gua
usaha juga cari pokok segitiga tu, tapi memang nasib gua, barang tu memang
takda dalam kapal. dalam kepala gua dah berlegar-legar muka bos gua, banyak
yang menari-nari dalam pala hotak gua, ‘esok bos panggil, kena marah, bos wat
report, gua kena buang kerja, sebelum kena buang gua kena cuci tandas’ keluh
gua dalam ati. dalam keluhan gua ada berbunyi “mana nak cari christmas tree???”


“boss, kat labuan pun ada jual boss”

6 ulasan:

  1. kesian abg ak kene cuci tandas....ish3...

    BalasPadam
  2. turut bersimpati dgn anda..sila jgn order org ye boss..

    BalasPadam
  3. ni kirannya da ok, kalau boleh selitkan gambar dalam setiap post, kalau post tu panjang.

    BalasPadam