Disember 12, 2010

Kisah Cinta

Cinta..
Cinta adalah jiwa,
Jiwa adalah nyawa,
nyawa adalah manusia,
manusia adalah cinta,
Tiada cinta, tiadalah kita,
Tiada kita, tiadalah cinta.
(sedikit sebanyak gua sedang cuba berlagak seperti seorang yang pandai berpuitis)
Laman social
FACEBOOK, sudah lumrah kehidupan bagi penduduk di Malaysia. Kisah ini berlaku pada salah satu daripada 5juta online facebookers.


“tttuuurrtt”.. satu private message telah muncul di screen Amad disaat
dia sedang sibuk meng’add’ gadis-gadis comel dilaman sosial facebook. Ternyata
yang menyapanya tadi adalah sahabatnya Zul, “pasti ada rencana yang mau
diutarakan Zul kalau dah tegur menegur di facebook ni” detak Amad dalam hati.
Zullion : “kau ada masa?”
Amadda’great :“memang ada la, kan aku tengah online ni”
Zullion : “moh kita lepak..”
Amadda’great : “alaa..malam skit la, ak tengah buat kerja ni”
Zullion : “ok”
Balas Zul tidak bersemangat, kerana dia tau Amad memang tak kan bagi
jawapan yang memuaskan, pasti ada saja alasan. Bagi Zul, dia sudah biasa dengan
sikap Amad yang begitu dan akhirnya memang tak jadi lah program lepak tadi.
Sedang asyik bersosial degan rakan-rakan di facebook, Amad terlihat satu
gambar kecil, entah mengapa matanya tepaku pada gambar yang sekecil itu, takkan
pula dia telah dipukau melalui internet, belum pernah perkara semacam ni
terjadi. Oleh sifat ingin tau dia membesarkan gambar dengan menekan ‘mouse’
yang digunakan, ternyata sungguh berminat Amad dengan gambar
tadi mungkin benar Amad dah dipukau, terpukau kerana wajah si gadis misteri.

Dengan menekan ‘add friend’, gadis yang dikenali sebagai Cheryl tu pasti
ada kemungkinan akan menambah bilangan friend list Amad di facebook, apa yang
mampu dia lakukan hanya menunggu confirmation dari Cheryl.

Dari hari ke hari Amad menunggu dengan penuh sabar tetapi masih juga
belum menerima apa-apa balasan, mungkin saja Cheryl tak mau menerima Amad sebagai kawan,mungkin juga Cheryl bukan seorang manusia, hanya page yang direka khas untuk memukau manusia seperti Amad, yang suka melihat gadis cantik.??? Tapi
hati Amad dah berubah sejak melihat si gadis misteri bernama Cheryl ini,
hatinya berdebar-debar saat tiap kali dia melihat gambar Cheryl. Sedikit
sebanyak gambar-gambar Cheryl di facebook telah pun Amad jadikan sebagai
wallpaper laptopnya, maklumlah Amad menggunakan Windows 7, wallpaper boleh buat cam slide show jadi Amad isi lah banyak-banyak. Tapi berbaloi ke tindakan
Amad.? Penantian yang belum tentu ni membuatkan Amad lebih bertekad untuk
mengenali Cheryl. Amad sudah seperti jatuh cinta, tapi mana mungkin jatuh cinta
sekadar tengok gambar.?? Tapi apa yang boleh di spesifikkan dengan perasaan
Amad sekarang...

To be continue..




 

4 ulasan:

  1. cpt2 part 2...curahkn idea spt mncurah air dlm cawan..

    BalasPadam
  2. lama x baca novel..tapi layann baca ur story..look forward for continuation..

    BalasPadam
  3. waa...best2..bila nak continue..

    BalasPadam
  4. take time..masih on going..terlalu byk kerja..sori2 yea..

    BalasPadam