Februari 03, 2011

Perasaan..

Perkenalan seorang lelaki dengan seorang perempuan terjalin. Perkenalan yang biasa kini semakin akrab hingga timbul perasaan sayang, sayang sebagai seorang kawan. Perasaan sayang yang membuak-buak, dapat menimbulkan perasaan kasih lebih daripada seorang kawan, yakni dirasakan oleh kedua-dua insan. Timbulnya perasaan kasih dan sayang sebagai kekasih, maka terjalin hubungan cinta. Cinta yang amat indah terasa, bahagia menjelma, terasa hidup didunia hanya berdua. Pahit jerih kehidupan berdua dilalui dengan tabah, setabah hati lelaki, lebih tabah hati pasangannya. Hubungan cinta antara dua insan pasti mengharapkan pengahiran yang bahagia iaitu perkahwinan.
Semakin kuat niat dihati perempuan,semakin jauh harapan yang dituju. Kini, hampa perasaan perempuan. Terasa diabaikan, tidak siapa pun yang mengetahui perasaan sayang perempuan ini terhadap kekasihnya, mahupun kekasihnya sendiri, hanya yang tahu yang MAHA ESA. Bertambah sedih terasa bila perempuan ini berada dalam keadaan sakit, memerlukan tempat untuk mengadu, memerlukan perlindungan, yang diharap cuma kata-kata mutiara dari kekasih. Perempuan cuba mendapatkan perhatian dari kekasihnya sendiri, berkali-kali dia mencuba hanya sekali panggilan disahut, terkelu lidah insan ini bila terdengar suara kekasihnya, tidak dapat bersuara, sedih kerana telah lama tidak berhubung. Tiba perasaan manja, perasaan mahu dibelai, sedikit EGO diletakkan supaya kekasihnya bertanyakan kabar.
Tidak seperti yang diharapkan, lelaki terlalu sibuk, tidak dapat memberikan perhatian kepada kekasihnya sendiri pada waktu itu, keadaan pada waktu itu penting dan tidak mengizinkan dia terpaksa mengabaikan kekasihnya sendiri, yakni bakal isterinya insyaallah. Tanpa memperdulikan panggilan berkali-kali yang dibuat perempuan, lelaki meminta untuk masa bercakap dilain hari. Apakah perasaan perempuan yang sedang sakit ini.? permintaannya cuma perhatian, cuma kata-kata mutiara, bukanlah emas bertatahkan berlian.
Keadaan sakit yang dilaluinya, harus dihadapi seorang diri, dan dihujani pula dengan perasaan sedih, pilu, sendiri. Hampa, timbullah perasaan ingin membawa diri, perasaan tidak lagi diperlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan